Barista di rumah dengan Nescafé Barista Machines

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Nak bagi tahu, berita baik untuk penggemar kopi.. tak perlu susah-susah dah, hanya boleh buat dengan sekali tekan je dah keluar kopi kegemaran anda.

Anda suka apa? Espresso? Lungo? Americano? Latte Mocchiato? atau pun Cappuccino?

Meh! saya tunjuk mesin baru, yang kecil tapi hasilnya? kopi yang bertaraf international gitu..

dengan adanya mesin ini, ibarat macam ada barista gitu dirumah.. ;)


Nama diberi : Nescafé Barista Machines, kecil, comel dan mudah nak letak kat mana2.. ;)


User manual yang padat, jangan risau orang tak pandai handle machine pun boleh guna.. user manualnya siap dengan gambar dan arahan step by step yang padat.


Saya biasa buat kopi/nescafe pakai susu manis atau coffee mate, hari ni cuba bereksprimen dengan menggunakan mesin. Biasa buat manual je kan :P

Hasil eksperimen.. 5 gelas kopi yang berlainan dengan HANYA MENGGUNAKAN  1 MESIN KECIL YANG COMEL INI!...
tak payah dah nak belanja mahal-mahal dah boleh menikmati kopi kegemaran anda di rumah.. lagi relax dan mudah.

Bercakap pasal kopi, ni sedikit perkongsian pasal kopi ;) walaupun saya bukan penggemar tegar kopi..
Espresso dengan menggunakan Nescafé Barista Machines
Espresso ni kopi yang paling pekat, kalau nak stay up sampai 2-3 malam boleh lah minum kopi ni, orang melayu panggil kopi kaw, tapi dia punya kaw ni jenis kaw... kaw.. kaw gitu sebabnya bancuhan dia lebih banyak pati kopi berbanding air. Biasanya Espresso ni adalah based  untuk hasilkan kopi-kopi yang lain.

Nescafé Barista Machines dah auto set banyak tu je sekali minum, jarang orang minum espresso segelas penuh.
Boleh lah tambah gula atau creamer atau susu pekat/segar untuk menambah rasa espresso ini.


Lungo dengan menggunakan Nescafé Barista Machines
Lungo ni cair sikit dari espresso nisbah air pada kopi, kira-kira 1:4. yang ni dikira sebagai kopi kaw gitu. kalau yang tak biasa minum kopi, bila minum Lungo ni pun dah tak lena tido sekitar sehari dua. :P

Americano dengan menggunakan Nescafé Barista Machines
Americano ni orang melayu panggil Kopi O, hehehe kalau beli kat kedai, bila sebut Americano, dia bagi kopi campir air saje, jadi kalau nak rasa kena lah buh gula sendiri.

Saya ni kurang gemar black coffee saya lebih suka kepada white coffee (kopi susu) hehehe jadi 2 jenis kopi di bawah ni memang boleh dikatakan sebagai kegemaran juga lah ;)

Latte Mocchiato dengan menggunakan Nescafé Barista Machines
Mesin ni terus gabungkan latte dengan macchiato, Latte tu tambah susu/cream dan macchiato tu maksud dia kurang kopi. Jenis ni sesuai untuk yang baru nak minum kopi atau yang bukan penggemar tegar kopi sebab rasa kopi dia lagi light dan lebih kepada rasa susu.

Mesin ni memang tak boleh letak susu, jadi cara nak buatnya, kita mesti letak susu dahulu dalam gelas sekitar 60-70 ml ikut kadar nak manis macam mana.. ;) lepas tu tekan je butang latte macchiato pada mesin.

Cappuccino dengan menggunakan Nescafé Barista Machines
Penyediaan Cappuccino dengan mesin ni sama dengan latte mocchiato, kena letak susu dulu baru tekan butang untuk cappuccino.
letak susu dalam gelas sekitar 50-60ml kemudian tekan butang capuccino.

Cappuccino ni sama je dengan latte sebenarnya tapi yang membezakannya adalah layer.. dia ada 2 jenis susu, satu susu panas bahagian bawah pastu bahagian atas ada buih susu. tengah-tengah tu kopi ;) kira macam kopi 3 layer gitu.

Memang mudah dah cepat bila guna mesin ini. Terima kasih untuk Nestle memberi peluang kepada saya untuk merasai pengalaman menggunakan Nescafé Barista Machines.


Anda berminat nak dapatkan 1 Barista di rumah anda?

PROMOSI DENGAN HARGA PENGENALAN untuk mesin yang super duper best ni..

Promotion: Nescafé barista + 1 Nescafe gold blend + 1 Nescafé  pek isian semula dengan hanya RM239!

Tarikh Promosi : 14/9/2016

Boleh didapati di Lazada - http://www.lazada.com.my/nescafe-barista/
 

My Lovely Friend's

About Me

My Photo
Whitey Mommy
Saya adalah seorang ibu yang bekerja dari rumah sebagai pereka grafik/web(blog) sambilan - Freelance Graphic/Web(blog) Designer. Bermula dari tahun 2010 sehinggalah sekarang. Masih lagi dalam proses belajar untuk memberi hasil yang terbaik buat mereka yang menghargai hasil kerja saya. :)
View my complete profile
Copyright © Whitey Mommy Draft | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in